Kilas Akhir Sejarah SPM 2011


Program Kilas Akhir Sejarah SPM telah berlangsung pada  1 November  2011 bertempat di Dewan Besar SMK Kamil. Bengkel ini disertai oleh seramai 206 orang pelajar Tingkatan 5 . 



Kilas Akhir  ini telah dipengerusikan oleh Pn. Norihah Mohd Tan selaku Ketua Panitia Sejarah SMK Kamil dan merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Kilas Akhir ini di sampaikan  oleh En. Shahri Ismail seorang guru sejarah yang berpengalaman. 



Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pukul 09.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.



Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi peringatan terakhir  kepada pelajar tentang teknik menjawab yang berkesan, peraturan menjawab soalan sejarah dan juga kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan esei. 



Selain itu, diharapkan  pelajar-pelajar juga akan lebih bermotivasi dan bertambah yakin dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. 



Diharap dengan adanya Kilas akhir ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 dapat menjawab dengan baik kertas sejarah SPM. Dan keputusan yang cemerlang bakal diperoleh oleh semua pelajar, insyaAllah.



Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM



Bengkel teknik menjawab soalan sejarah SPM telah berlangsung pada  31 Oktober 2011 bertempat di Dewan Besar SMK Kamil. Bengkel ini disertai seramai 206 orang pelajar Tingkatan 5. 




Bengkel teknik menjawab ini telah dipengerusikan oleh En. Shahri Ismail selaku Guru Kanan Sains Sosial SMK Kamil dan merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Zakaria Yusoff iaitu penceramah yang dijemput khas dari SMK Badak Bachok, Kelantan. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pukul 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.




Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab yang berkesan. Selain itu, diharapkan  pelajar-pelajar juga akan bertambah yakin dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Dengan ilmu yang diperoleh sepanjang perbengkelan dapat digunakan sepenuhnya dalam menjawab soalan. Semoga dengan perbengkelan ini pelajar juga akan mendapat keputusan cemerlang.




Bengkel ini dapat dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot pertama pelajar didedahkan dengan kaedah menjawab soalan Kertas 1 iaitu kertas objektif. Manakala pada slot kedua pula pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab kertas 2  iaitu soalan struktur dan soalan esei. Sepanjang perbengkelan kertas 2 ini, pelajar telah diterangkan cara untuk mencari kata kunci dan kehendak soalan dengan begitu jelas sekali. 




Pelajar juga didedahkan dengan penyata-penyata yang menjadi penganggu kepada soalan. Slot terakhir merupakan kupasan tentang tajuk-tajuk hangat berdasarkan tema-tema penting yang diramalkan akan keluar dalam SPM 2011.




Diharap dengan adanya bengkel teknik menjawab ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 dapat menjawab dengan baik kertas sejarah SPM. Dan Keputusan yang cemerlang bakal diperoleh oleh semua pelajar.




Bengkel semupama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.



Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6 (Kemerosotan Melaka)


Anda boleh merujuk kepada Nota Ringkas Bab 6 DI SINI. (Jangan lupa baca buku teks !!)

Atau lihat Nota Powerpoint Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6 DI SINI.

Sila klik DI SINI untuk download dan menjawab soalan objektif secara interaktif; DAN

Klik DI SINI untuk download dan menjawab teka silangkata Bab 6 secara online.

Siapkan kerja rumah anda di SINI.

SELAMAT BELAJAR !!

Soalan Peperiksaan PMR 2004-2010

Para pelajar PMR boleh membaca atau muat turun (download) Soalan Peperiksaan sebenar PMR 2004 hingga 2010 melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3

Para pelajar Tingkatan 3 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2

Para pelajar Tingkatan 2 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1

Para pelajar Tingkatan 1 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.


Kerja Kursus Sejarah PMR 2011

Kerja Kursus Sejarah PMR sudah bermula. Tahun ni tajuknya berkisar pada Institusi Pentadbiran Tempatan di Malaysia. Sila download soalan dan buku panduan di sini:

1. Blog Panitia Sejarah SMK Kamil, ATAU

2. Lembaga Peperiksaan KPM

Selamat menjalani Kerja Kursus kepada semua pelajar Tingkatan 3.