KEPUTUSAN PMR 2009

Keputusan Peperiksaan PMR 2009 dah keluar. SMK Kamil sekali lagi mencapai kejayaan cemerlang dengan kelulusan 100%. Seramai 46 orang pelajar mendapat "Straight A", manakala 57 orang calon telah mendapat 8A 1B atau 7A. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama KAMIL TERSOHOR.

Bagi Mata pelajaran Sejarah khususnya, pencapaian pelajar adalah seperti berikut:

1. Gred A - 144

2. Gred B -   67

3. Gred C -   6

----------------

Jumlah     - 217

----------------

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang mengajar Sejarah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.


Mesyuarat Panitia Kali ke-4 2009

Mesyuarat Panitia Sejarah Kali ke-4 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 11hb. Nov 2009 bertempat di Bilik Gerakan Wawasan SMK kamil mulai jam 2.05 petang.

Antara agenda yang dibincangkan ialah:

1. Ucapan pengerusi

2. Ucapan guru Kanan Sains Sosial

3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Headcount

6. Semakan pelaksanaan program Tahun 2010

7. Cadangan AJK Panitia Tahun 2010

8. Perancangan program dan anggaran perbelanjaan Panitia Tahun 2010


9. Hal-hal lain

Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 3.15 petang


Minit mesyuarat akan diupload dalam tempoh terdekat.

JAWAPAN PEPERIKSAAN PMR 2009 - SEJARAH

Peperiksaan PMR 2009 bagi mata pelajaran Sejarah telah dijalankan pada hari Isnin, 12hb. Oktober, 2009 jam 2.10 - 3.25 petang.


Para pelajar boleh memuat turun (download) Soalan Sejarah PMR 2009 di SINI


Para pelajar boleh menyemak jawapan dengan memuat turun (download) jawapan Sejarah PMR 2009 di SINI.


JAWAPAN PMR 2009 - SEJARAH

CATATAN: JAWAPAN YANG DISERTAKAN BUKANLAH JAWAPAN YANG DISEDIAKAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN (KPM) TETAPI BERDASARKAN RUJUKAN PIHAK PANITIA TERHADAP BUKU-BUKU TEKS TINGKATAN 1, 2 DAN 3. SETIAP PILIHAN JAWAPAN YANG DICADANGKAN DISERTAKAN DENGAN MUKA SURAT RUJUKAN DALAM BUKU-BUKU TEKS BERKENAAN.

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada November nanti:

1. Percubaan SPM 2009 – Kedah  [Kertas 1 dan 2]
2. Percubaan SPM 2009 – Pahang [Kertas 1 dan 2]
3. Percubaan SPM 2009 – Perak [Kertas 1 dan 2]
4. Percubaan SPM 2009 – Perlis [Kertas 1 dan 2]
5. Percubaan SPM 2009 – Negeri Sembilan [Kertas 1 - Kertas 2]
6. Percubaan SPM 2009 – Melaka [Kertas 1 dan 2
7. Percubaan SPM 2009 – Sarawak [Kertas 1 dan 2]
8. Percubaan SPM 2009 - Kelantan [Kertas 1 - Kertas 2] [Skema]
9. Percubaan SPM 2009 - Terengganu [Kertas 1 - Kertas 2
10.Percubaan SPM 2009 - Sabah [Kertas 1 dan 2]
11.Percubaan SPM 2009 - Johor  [Kertas 1 dan 2] [Skema]
12.Percubaan SPM 2009 - SBP [Kertas 1 dan 2]

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami guru-guru sejarah di bawah Panitia Sejarah SMK Kamil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru dan pelajar Kamil. Semoga bergembira di samping keluarga dan sanak saudara tercinta. Walaupun mendapat cuti seminggu, jangan lupa kepada tanggungjawab sebenar kita.

Maaf Zahir Batin dari kami di Panitia Sejarah SMK Kamil



Hari ni kita menghantar ucapan hari raya melalui SMS atau Email sahaja. Lihatlah bagaimana ayah dan ibu kita mengucapkan selamat hari raya 40 tahun yang lalu .........

Kad Raya Ayahanda....




Kad Raya Bonda.....


JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 

Di bawah ini disenaraikan JAWAPAN  kepada soalan-soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran SEJARAH.

1. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Kedah  
2. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Pahang  
3. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Perak 
4. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Perlis
5. Jawapan Percubaan PMR 2009 – WP Kuala Lumpur
6. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Sabah
7. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Sarawak
8. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Melaka
9. Jawapan Percubaan PMR 2009 - Kelantan

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada Oktober nanti:

1. Percubaan PMR 2009 – Kedah    
2. Percubaan PMR 2009 – Pahang  
3. Percubaan PMR 2009 – Perak 
4. Percubaan PMR 2009 – Perlis
5. Percubaan PMR 2009 – Negeri Sembilan 
6. Percubaan PMR 2009 – Melaka 
7. Percubaan PMR 2009 – Sarawak 
8. Percubaan PMR 2009 - Kelantan

9. Percubaan PMR 2009 - Sabah

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2009


Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2008

Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2008 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Walaupun soalan lama , namun dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar:

1. Percubaan PMR 2008 – Kedah

2. Percubaan PMR 2008 – Pahang

3. Percubaan PMR 2008 – Perak

4. Percubaan PMR 2008 – Perlis

5. Percubaan PMR 2008 – Melaka

6. Percubaan PMR 2008 – N. Sembilan

7. Percubaan PMR 2008 – Johor

8. Percubaan PMR 2008 - Kelantan

9. Percubaan PMR 2008 - Selangor

10. Percubaan PMR 2008 - Sarawak

Selamat mengulangkaji !!

SOALAN GEMPUR SEJARAH PMR 2009 (4)

Sila download Koleksi Soalan Gempur Sejarah PMR 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Kelantan:
............................................................

SOALAN SET LENGKAP PMR

...........................................................

SET 1 PMR 2009

SET 2 PMR 2009

SET 3 PMR 2009

SET 4 PMR 2009

SET 5 PMR 2009

JAWAPAN SET 1 HINGGA 5

....................................................

SELAMAT MENJAWAB !

SOALAN GEMPUR SEJARAH PMR 2009 (3)

Sila download Koleksi Soalan Gempur Sejarah PMR 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Kelantan:
.................................................................

SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 3

.................................................................

SOALAN BAB 1

SOALAN BAB 2

SOALAN BAB 3

SOALAN BAB 4

SOALAN BAB 5

SOALAN BAB 6

SOALAN BAB 7



JAWAPAN LENGKAP SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 3

SOALAN GEMPUR SEJARAH PMR 2009 (2)

Sila download Koleksi Soalan Gempur Sejarah PMR 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Kelantan:

SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 2

SOALAN BAB 1
SOALAN BAB 2
SOALAN BAB 3
SOALAN BAB 4
SOALAN BAB 5
SOALAN BAB 6
SOALAN BAB 7
SOALAN BAB 8

JAWAPAN LENGKAP SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 2

SELAMAT MENJAWAB !

SOALAN GEMPUR SEJARAH PMR 2009 (1)

Sila download Koleksi Soalan Gempur Sejarah PMR 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Kelantan:

SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 1

SOALAN BAB 1
SOALAN BAB 2
SOALAN BAB 3
SOALAN BAB 4
SOALAN BAB 5
SOALAN BAB 6
SOALAN BAB 7
SOALAN BAB 8
SOALAN BAB 9
SOALAN BAB 10
SOALAN BAB 11

JAWAPAN LENGKAP SOALAN TOPIKAL TINGKATAN 1


Soalan Gempur Sejarah SPM 2009 - JPN Kelantan

Sila download Koleksi Soalan Gempur Sejarah SPM 2009 yang dikeluarkan oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Kelantan:

Kertas 1 – Set 1 serta Jawapannya
Kertas 1 – Set 2 serta Jawapannya
Kertas 1 – Set 3 serta Jawapannya
Kertas 1 – Set 4 serta Jawapannya
Kertas 1 – Set 5 serta Jawapannya

Kertas 2 – Set 1 serta Skema Jawapannya
Kertas 2 – Set 2 serta Skema Jawapannya
Kertas 2 – Set 3 serta Skema Jawapannya
Kertas 2 – Set 4 serta Skema Jawapannya
Kertas 2 – Set 5 serta Skema Jawapannya

Selamat menjawab!

Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Sejarah

Di sini disertakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran sejarah KBSM untuk kemudahan para guru. Fail-fail dalam format PDF. Komputer anda perlu mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail-fail tersebut:

1. Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM

2. HSP Tingkatan 1

3. HSP Tingkatan 2

4. HSP Tingkatan 3

5. HSP Tingkatan 4

6. HSP Tingkatan 5

Sejarah Ting. 1 - BAB 1

BAB 1 - SEJARAH DAN KITA

Sejarah membolehkan kita memahami dan pempelajari peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

1.1 Pengertian Sejarah

oSyajaratun – pohon atau pokok / salasilah/ riwayat/ keturunan dan asal usul.

oPenyelidikan perkara yang telah berlaku

oMembicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia dan sifat-sifat masyarakat

oPenceritaan tindakan dan sebabnya

oCatatan atau rekod peristiwa yang telah berlaku

Download nota Sejarah Tingkatan 1 - Bab 1 di SINI

Sejarah Ting. 1 - Senarai Kandungan

Kandungan Sejarah (Tingkatan 1)

BAB 1: SEJARAH DAN KITA 
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Ciri-ciri Sejarah
1.3 Sumber Sejarah
1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah
1.5 Pentafsiran Sejarah
1.6 Kepentingan Sejarah

Download senarai penuh Kandungan Sejarah Tingkatan 1 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 7

BAB 7 – MALAYSIA YANG BERDAULAT

7.1 Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia


1. Idea penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu pentadbiran telah disuarakan oleh British sejak tahun 1887 lagi.

2. Namun, cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

3. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei.

4. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih menjadi tanah jajahan British seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 7 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 6

BAB 6 - Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah 

1. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dan tahun 1841 hingga 1946.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British. 

3. Antara faktor-faktor yang menyebabkan Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British ialah:

(a Desakan daripada pihak British.

(b) Beliau sudah tua dan uzur serta tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya.

(c) Anak saudaranya, Anthony Brooke tidak layak untuk menggantikannya.

(d) Kekurangan sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi dan sosial Sarawak.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 6 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 5

BAB 5 - KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 Rombongan Merdeka 1956

1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas ke London untuk membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan apabila Perjanjian London dimeterai pada 8 Februari 1956.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian London ialah:

(a) Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

(b) Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu.

(c) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

(d) Tanah Melayu mengamalkan sistem ekonomi bebas.

(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu dikekalkan.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 5 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 4

BAB 4 - KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.

2. Antara masalah untuk mewujudkan perpaduan ialah:

(a) Masalah kerakyatan

(b) Masalah bahasa

(c) Masalah agama

(d) Masalah pendidikan

(e) Masalah sosial


Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 4 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 3

BAB 3 - ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

3.1 Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx pada pertengahan abad ke-19.

2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Nanyang.

3. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruh Cina, kelas malam dan penerbitan Cina.

4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannya bertentangan dengan ajaran Islam dan adat resam orang Melayu.

5. Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis)

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 3 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 2

BAB 2 - Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun

1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.

2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanah Melayu.

3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu.

4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 2 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 1

BAB 1 - Pendudukan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun

1. Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula dengan Maharaja Meiji (1868) yang membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segi ekonomi dan perindustrian.

2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:

(a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

(b) Mendapatkan bekalan bahan mentah spt bijih timah dan getah untuk perkembangan perusahaan.

(c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.

(d) Jepun memerlukan kawasan pasaran baru untuk menjual barangannya.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 1 di SINI

Mesyuarat Panitia Kali ke-3 2009

Mesyuarat Panitia Sejarah Kali ke-3 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 7hb. Julai 2009 bertempat di Bilik Kurikulum SMK kamil mulai jam 2.10 petang.

Antara agenda yang dibincangkan ialah:

1. Ucapan pengerusi

2. Ucapan guru Kanan Sains Sosial

3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Post-mortem UP2/Pep. Pertengahan Tahun

6. Headcount

7. Semakan pelaksanaan program-program yang telah dijalankan

8. hal-hal lain

Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Minit mesyuarat boleh dilihat di SINI