Sejarah Ting. 3 - BAB 5

BAB 5 - KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 Rombongan Merdeka 1956

1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas ke London untuk membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan apabila Perjanjian London dimeterai pada 8 Februari 1956.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian London ialah:

(a) Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

(b) Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu.

(c) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

(d) Tanah Melayu mengamalkan sistem ekonomi bebas.

(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu dikekalkan.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 5 di SINI

0 comments: