Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Sejarah

Di sini disertakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran sejarah KBSM untuk kemudahan para guru. Fail-fail dalam format PDF. Komputer anda perlu mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail-fail tersebut:

1. Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM

2. HSP Tingkatan 1

3. HSP Tingkatan 2

4. HSP Tingkatan 3

5. HSP Tingkatan 4

6. HSP Tingkatan 5

Sejarah Ting. 1 - BAB 1

BAB 1 - SEJARAH DAN KITA

Sejarah membolehkan kita memahami dan pempelajari peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

1.1 Pengertian Sejarah

oSyajaratun – pohon atau pokok / salasilah/ riwayat/ keturunan dan asal usul.

oPenyelidikan perkara yang telah berlaku

oMembicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia dan sifat-sifat masyarakat

oPenceritaan tindakan dan sebabnya

oCatatan atau rekod peristiwa yang telah berlaku

Download nota Sejarah Tingkatan 1 - Bab 1 di SINI

Sejarah Ting. 1 - Senarai Kandungan

Kandungan Sejarah (Tingkatan 1)

BAB 1: SEJARAH DAN KITA 
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Ciri-ciri Sejarah
1.3 Sumber Sejarah
1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah
1.5 Pentafsiran Sejarah
1.6 Kepentingan Sejarah

Download senarai penuh Kandungan Sejarah Tingkatan 1 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 7

BAB 7 – MALAYSIA YANG BERDAULAT

7.1 Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia


1. Idea penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu pentadbiran telah disuarakan oleh British sejak tahun 1887 lagi.

2. Namun, cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

3. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei.

4. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih menjadi tanah jajahan British seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 7 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 6

BAB 6 - Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah 

1. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dan tahun 1841 hingga 1946.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British. 

3. Antara faktor-faktor yang menyebabkan Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British ialah:

(a Desakan daripada pihak British.

(b) Beliau sudah tua dan uzur serta tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya.

(c) Anak saudaranya, Anthony Brooke tidak layak untuk menggantikannya.

(d) Kekurangan sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi dan sosial Sarawak.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 6 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 5

BAB 5 - KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1 Rombongan Merdeka 1956

1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas ke London untuk membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan apabila Perjanjian London dimeterai pada 8 Februari 1956.

3. Antara syarat-syarat Perjanjian London ialah:

(a) Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

(b) Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu.

(c) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

(d) Tanah Melayu mengamalkan sistem ekonomi bebas.

(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu dikekalkan.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 5 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 4

BAB 4 - KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.

2. Antara masalah untuk mewujudkan perpaduan ialah:

(a) Masalah kerakyatan

(b) Masalah bahasa

(c) Masalah agama

(d) Masalah pendidikan

(e) Masalah sosial


Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 4 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 3

BAB 3 - ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

3.1 Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx pada pertengahan abad ke-19.

2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Nanyang.

3. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruh Cina, kelas malam dan penerbitan Cina.

4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannya bertentangan dengan ajaran Islam dan adat resam orang Melayu.

5. Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis)

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 3 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 2

BAB 2 - Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun

1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.

2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanah Melayu.

3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu.

4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 2 di SINI

Sejarah Ting. 3 - BAB 1

BAB 1 - Pendudukan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun

1. Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula dengan Maharaja Meiji (1868) yang membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segi ekonomi dan perindustrian.

2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:

(a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

(b) Mendapatkan bekalan bahan mentah spt bijih timah dan getah untuk perkembangan perusahaan.

(c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.

(d) Jepun memerlukan kawasan pasaran baru untuk menjual barangannya.

Download nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 1 di SINI

Mesyuarat Panitia Kali ke-3 2009

Mesyuarat Panitia Sejarah Kali ke-3 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 7hb. Julai 2009 bertempat di Bilik Kurikulum SMK kamil mulai jam 2.10 petang.

Antara agenda yang dibincangkan ialah:

1. Ucapan pengerusi

2. Ucapan guru Kanan Sains Sosial

3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Post-mortem UP2/Pep. Pertengahan Tahun

6. Headcount

7. Semakan pelaksanaan program-program yang telah dijalankan

8. hal-hal lain

Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Minit mesyuarat boleh dilihat di SINI