Kilas Akhir Sejarah SPM 2011


Program Kilas Akhir Sejarah SPM telah berlangsung pada  1 November  2011 bertempat di Dewan Besar SMK Kamil. Bengkel ini disertai oleh seramai 206 orang pelajar Tingkatan 5 . 



Kilas Akhir  ini telah dipengerusikan oleh Pn. Norihah Mohd Tan selaku Ketua Panitia Sejarah SMK Kamil dan merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Kilas Akhir ini di sampaikan  oleh En. Shahri Ismail seorang guru sejarah yang berpengalaman. 



Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pukul 09.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.



Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi peringatan terakhir  kepada pelajar tentang teknik menjawab yang berkesan, peraturan menjawab soalan sejarah dan juga kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan esei. 



Selain itu, diharapkan  pelajar-pelajar juga akan lebih bermotivasi dan bertambah yakin dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. 



Diharap dengan adanya Kilas akhir ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 dapat menjawab dengan baik kertas sejarah SPM. Dan keputusan yang cemerlang bakal diperoleh oleh semua pelajar, insyaAllah.



Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM



Bengkel teknik menjawab soalan sejarah SPM telah berlangsung pada  31 Oktober 2011 bertempat di Dewan Besar SMK Kamil. Bengkel ini disertai seramai 206 orang pelajar Tingkatan 5. 




Bengkel teknik menjawab ini telah dipengerusikan oleh En. Shahri Ismail selaku Guru Kanan Sains Sosial SMK Kamil dan merangkap guru mata pelajaran sejarah Tingkatan 5. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Zakaria Yusoff iaitu penceramah yang dijemput khas dari SMK Badak Bachok, Kelantan. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pukul 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.




Antara objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab yang berkesan. Selain itu, diharapkan  pelajar-pelajar juga akan bertambah yakin dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Dengan ilmu yang diperoleh sepanjang perbengkelan dapat digunakan sepenuhnya dalam menjawab soalan. Semoga dengan perbengkelan ini pelajar juga akan mendapat keputusan cemerlang.




Bengkel ini dapat dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot pertama pelajar didedahkan dengan kaedah menjawab soalan Kertas 1 iaitu kertas objektif. Manakala pada slot kedua pula pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab kertas 2  iaitu soalan struktur dan soalan esei. Sepanjang perbengkelan kertas 2 ini, pelajar telah diterangkan cara untuk mencari kata kunci dan kehendak soalan dengan begitu jelas sekali. 




Pelajar juga didedahkan dengan penyata-penyata yang menjadi penganggu kepada soalan. Slot terakhir merupakan kupasan tentang tajuk-tajuk hangat berdasarkan tema-tema penting yang diramalkan akan keluar dalam SPM 2011.




Diharap dengan adanya bengkel teknik menjawab ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 dapat menjawab dengan baik kertas sejarah SPM. Dan Keputusan yang cemerlang bakal diperoleh oleh semua pelajar.




Bengkel semupama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.



Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6 (Kemerosotan Melaka)


Anda boleh merujuk kepada Nota Ringkas Bab 6 DI SINI. (Jangan lupa baca buku teks !!)

Atau lihat Nota Powerpoint Sejarah Tingkatan 1 - Bab 6 DI SINI.

Sila klik DI SINI untuk download dan menjawab soalan objektif secara interaktif; DAN

Klik DI SINI untuk download dan menjawab teka silangkata Bab 6 secara online.

Siapkan kerja rumah anda di SINI.

SELAMAT BELAJAR !!

Soalan Peperiksaan PMR 2004-2010

Para pelajar PMR boleh membaca atau muat turun (download) Soalan Peperiksaan sebenar PMR 2004 hingga 2010 melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3

Para pelajar Tingkatan 3 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2

Para pelajar Tingkatan 2 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1

Para pelajar Tingkatan 1 boleh membaca atau muat turun (download) Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1 yang lebih kemas melalui link berikut atau lihat menu di sebelah kanan.


Kerja Kursus Sejarah PMR 2011

Kerja Kursus Sejarah PMR sudah bermula. Tahun ni tajuknya berkisar pada Institusi Pentadbiran Tempatan di Malaysia. Sila download soalan dan buku panduan di sini:

1. Blog Panitia Sejarah SMK Kamil, ATAU

2. Lembaga Peperiksaan KPM

Selamat menjalani Kerja Kursus kepada semua pelajar Tingkatan 3.

SOALAN PERCUBAAN PMR 2010

SOALAN PERCUBAAN PMR 2010 BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH:


Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2010 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada Oktober nanti:


KELANTAN - SEJARAH

TERENGGANU - SEJARAH

PUTRAJAYA - SEJARAH

KUALA LUMPUR - SEJARAH

SELANGOR - SEJARAH

MELAKA - SEJARAH

KEDAH - SEJARAH

PERLIS - SEJARAH

PAHANG - SEJARAH

SABAH - SEJARAH


SELAMAT MENJAWAB.

Soalan Percubaan SPM 2010

Soalan Percubaan SPM 2010 bagi mata pelajaran Sejarah


Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2010 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada November nanti:


Kelantan - Kertas 1

Kelantan - Kertas 2

Terengganu - Kertas 1

Terengganu - Kertas 2

Johor - Kertas 1 & 2

Perlis - Kertas 1

Perlis - Kertas 2

Negeri Sembilan - Kertas 1

Negeri Sembilan - Kertas 2 (Skema)

Kedah - Kertas 1 & 2


Selamat Menjawab.

Soalan Percubaan SPM 2010

Soalan Percubaan SPM 2010 bagi mata pelajaran Sejarah yang disediakan oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dimuat turun di:

http://www.4shared.com/document/W6GZgBES/_2__Combinesej_2010.html

Sejarah Tingkatan 2

Latihan Bab 4

Sila download Latihan Bab 4 di SINI

Soalan adalah berbentuk soalan struktur/subjektif.

Kerja Kursus Sejarah PMR

Kerja Kursus Sejarah PMR sudah bermula. Tahun ni tajuknya berkisar pada Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia. Sila download soalan dan buku panduan di sini:

1. Soalan KKS 2010

2. Buku Panduan

KEPUTUSAN PMR 2009

Keputusan Peperiksaan PMR 2009 dah keluar. SMK Kamil sekali lagi mencapai kejayaan cemerlang dengan kelulusan 100%. Seramai 46 orang pelajar mendapat "Straight A", manakala 57 orang calon telah mendapat 8A 1B atau 7A. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama KAMIL TERSOHOR.

Bagi Mata pelajaran Sejarah khususnya, pencapaian pelajar adalah seperti berikut:

1. Gred A - 144

2. Gred B -   67

3. Gred C -   6

----------------

Jumlah     - 217

----------------

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang mengajar Sejarah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.


Mesyuarat Panitia Kali ke-4 2009

Mesyuarat Panitia Sejarah Kali ke-4 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 11hb. Nov 2009 bertempat di Bilik Gerakan Wawasan SMK kamil mulai jam 2.05 petang.

Antara agenda yang dibincangkan ialah:

1. Ucapan pengerusi

2. Ucapan guru Kanan Sains Sosial

3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Headcount

6. Semakan pelaksanaan program Tahun 2010

7. Cadangan AJK Panitia Tahun 2010

8. Perancangan program dan anggaran perbelanjaan Panitia Tahun 2010


9. Hal-hal lain

Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 3.15 petang


Minit mesyuarat akan diupload dalam tempoh terdekat.

JAWAPAN PEPERIKSAAN PMR 2009 - SEJARAH

Peperiksaan PMR 2009 bagi mata pelajaran Sejarah telah dijalankan pada hari Isnin, 12hb. Oktober, 2009 jam 2.10 - 3.25 petang.


Para pelajar boleh memuat turun (download) Soalan Sejarah PMR 2009 di SINI


Para pelajar boleh menyemak jawapan dengan memuat turun (download) jawapan Sejarah PMR 2009 di SINI.


JAWAPAN PMR 2009 - SEJARAH

CATATAN: JAWAPAN YANG DISERTAKAN BUKANLAH JAWAPAN YANG DISEDIAKAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN (KPM) TETAPI BERDASARKAN RUJUKAN PIHAK PANITIA TERHADAP BUKU-BUKU TEKS TINGKATAN 1, 2 DAN 3. SETIAP PILIHAN JAWAPAN YANG DICADANGKAN DISERTAKAN DENGAN MUKA SURAT RUJUKAN DALAM BUKU-BUKU TEKS BERKENAAN.

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada November nanti:

1. Percubaan SPM 2009 – Kedah  [Kertas 1 dan 2]
2. Percubaan SPM 2009 – Pahang [Kertas 1 dan 2]
3. Percubaan SPM 2009 – Perak [Kertas 1 dan 2]
4. Percubaan SPM 2009 – Perlis [Kertas 1 dan 2]
5. Percubaan SPM 2009 – Negeri Sembilan [Kertas 1 - Kertas 2]
6. Percubaan SPM 2009 – Melaka [Kertas 1 dan 2
7. Percubaan SPM 2009 – Sarawak [Kertas 1 dan 2]
8. Percubaan SPM 2009 - Kelantan [Kertas 1 - Kertas 2] [Skema]
9. Percubaan SPM 2009 - Terengganu [Kertas 1 - Kertas 2
10.Percubaan SPM 2009 - Sabah [Kertas 1 dan 2]
11.Percubaan SPM 2009 - Johor  [Kertas 1 dan 2] [Skema]
12.Percubaan SPM 2009 - SBP [Kertas 1 dan 2]

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami guru-guru sejarah di bawah Panitia Sejarah SMK Kamil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru dan pelajar Kamil. Semoga bergembira di samping keluarga dan sanak saudara tercinta. Walaupun mendapat cuti seminggu, jangan lupa kepada tanggungjawab sebenar kita.

Maaf Zahir Batin dari kami di Panitia Sejarah SMK Kamil



Hari ni kita menghantar ucapan hari raya melalui SMS atau Email sahaja. Lihatlah bagaimana ayah dan ibu kita mengucapkan selamat hari raya 40 tahun yang lalu .........

Kad Raya Ayahanda....




Kad Raya Bonda.....


JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 

Di bawah ini disenaraikan JAWAPAN  kepada soalan-soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran SEJARAH.

1. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Kedah  
2. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Pahang  
3. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Perak 
4. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Perlis
5. Jawapan Percubaan PMR 2009 – WP Kuala Lumpur
6. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Sabah
7. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Sarawak
8. Jawapan Percubaan PMR 2009 – Melaka
9. Jawapan Percubaan PMR 2009 - Kelantan

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

Di bawah ini disenaraikan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 negeri-negeri tertentu bagi mata pelajaran Sejarah. Semoga dapat dimanfaatkan sebagai ulangkaji terakhir menjelang peperiksaan sebenar pada Oktober nanti:

1. Percubaan PMR 2009 – Kedah    
2. Percubaan PMR 2009 – Pahang  
3. Percubaan PMR 2009 – Perak 
4. Percubaan PMR 2009 – Perlis
5. Percubaan PMR 2009 – Negeri Sembilan 
6. Percubaan PMR 2009 – Melaka 
7. Percubaan PMR 2009 – Sarawak 
8. Percubaan PMR 2009 - Kelantan

9. Percubaan PMR 2009 - Sabah

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2009